Pages

from anissOlala yang gedik+comel!!!! :)

semakin BUSY melampau!!!~~maaf xdapat nk updated blog.... :(

iklan...sila klik!!!! :)

Sunday, June 27, 2010

JOM JOIN::CONTEST PERASAN CANTIK ANISSOLALA


MARI EDIT GAMBAR MISS anissOlala


banner contest
syarat-syarat contest


::TARIKH MULA/AKHIR::
28hb JUN 2010 sehingga 28hb JULY 2010

aniss menganjurkan kontest ini sebab aniss nak ke INDIA pada 08hb hingga 12hb JULY 2010 ini.Tak dapatlah join Blogger-blogger lain di Gathering Geng Blogger tu nanti...waa..sedih!!! Aniss pergi bersama-sama adek kesayangan, HakimFaridzul & family sebab ada Jemputan Kahwin daripada pihak sedara-mara blah ayah tiri aniss disana..


Hadiah tu aniss akan cari semasa di INDIA nanti...so,sementara aniss di INDIA, korang akan bertungkus lumus mengeditkan gambar aniss ini.... :)


selalunya korang edit-edit gambar sendiri kan????skang, tatapla wajah aniss selama sebulan...amik ko!!!bhahahha.....nak muntah-muntah darah pun takpe....lalallaa~~~


ini adalah senarai gambar yang akan korang pilih untuk kontest ini okie.... :
poyo...
gmbar tyme gemok...haha
perasan kurus...
 kemuncungan mulut
belalang style...

hahahhaa.... cam tak kena jerk gambar2 di atas...ahhh!!!ape peduli...janji korang editkan gambar tuh okie... :) ngee~~~ selitkan kelainan pada gambar-gambar di atas...


sila tinggalkan URL anda selepas post entry contest ini... :)

kebanyakan gambar-gambar aniss,yang pakai tudung untuk diedit.... :)

good luck okie.... :)

Read more...

Wednesday, June 23, 2010

Tips-tips Menjaga Alat Sulit: Wanita



setelah sekian lama...aniss tidak mengUpdatekan blog dengan sebarang bahan-bahan untuk tatapan mata-mata yang liar di page aniss sebab dok asyik tengok Katie Perry yang menggoda sebagai background image blog aniss nie....haha..okie!aniss nak bagi tips untuk wanita,gadis,perempuan dan nyah2 ye....haha!mulut da lebeh..shhh... :P


TIPS PENTING!!!

1. Korang kena bersihkan bahagian luar alat sulit selepas buang air kecil mahupun air besar,seelok-eloknya menggunakan air bersih.bukan jus oren ke, air coke ke...okie.xpasal-pasal bersemut lak!haha.... :)

2. Ha..masa korang haid, kerap-keraplah tukar 'pad' @ tuala wania tu ye..INGAT!! lagi-lagi masa hari yang darah keluar banyak..dah penuh,korang biarkan aje sampai gatal dan berbau...eeeuuuuwww!!!tak sanggup i taw..hish!!

3. Siapa-siapa yang mengalami keputihan silalah pakai Panty Liner untuk mengelakkan cecair keputihan tu daripada melekat pada pakaian dalam korang ye...buruk nampaknya kalau bertompok-tompok di situ...bau pun kurang menyenangkan dan ketidakselesaan akan berlaku...

4. Korang tidak digalakkan untuk mencuci bahagian sulit dengan shower gel atau sabun okie!! mungkin sesetengah girl sensitif dan alah pada buih sabun dan pewangi....so,akan menyebabkan kegatalan...

5. Elakkan daripada memasukkan jari ke dalam alat sulit korang semata-mata nak bersihkan bahagian dalam tu...sejenis bakteria loctobacili (apa pelik namanya..) dari faraj akan mendedahkan bahagian luar kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi sekitarnya....

6. Bisul disekitar alat sulit..ouchhh!!!pernah? ini disebabkan oleh kekerapan kamu semua mencukur bulu-bulU comel korang tu..boleh cukur,untuk kekemasan dan mengelakkan kegatalan.tapi,jangan terlalu kerap.seelok-eloknya sebelum haid.okie!! Pastikan alat mencukur BERSIH...

7. Susulan kes keputihan diatas..haha. Gadis-gadis kena pastikan bahawa keputihan anda itu jenis yang serius atau tak.keputihan boleh berlaku ketika beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan selepas menopause...

Korang sebenarnya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk menjaga kebersihan alat sulit...Ubat hanya perlu diambil untuk merawat jangkitan kuman dan keputihan yang serius iaitu pertukaran warna jernih kepada kekuningan atau kehijauan ataupun terdapat darah. Jika keadaan bertambah buruk seperti berKetul-ketul kecil, gatal serta berbau, sila berjumpa dengan doktor akar secepatnya okie....

p/s:: ha...kalau yang da berkahwin,suruh suami jaga pun boleh.....hahaha.... :)) yang belum kahwin,jangan nak pandai-pandai suruh boyfriend jaga...!! :P

INGAT!!!!

Read more...

Saturday, June 12, 2010

kita lah PUAKA sebenar!! percaya atau tak??

sekadar hiasan

ok.hari ni aniss nak kongsi apa yang aniss baca dari sebuah majalah lawak..iaitu UJANG.untuk sesiapa yang belum ataupun tak beli ataupun korang tak suka majalah lawak ni.

aniss copy menggunakan mata dan paste dengan jari jemari... :)

Korang pernah tengok puaka tak? Nak tengok?
ambil CERMIN, pastu korang tengok BETUL2... NAMPAK?
Kalau nk tahu ang dalam cermin tu lah...
PUAKA YANG PALING BAHAYA
Kalau korang nampak muka korang aje..OK lagi. Dibuatnya Tuhan buka pengihatan yang satu lagi gerenti korang pengsan punya. Ni bukan cerita tahyul,korang je tak sedar korang tu PUAKA. Korang renung-renungkanlah...


MULUT PUAKA
Korang banyak cakap, banyak mengumpat, banyak ngutuk, banyak kelentong...tu sebab orang pesan jangan banyak cakap, Nanti banyak dosa...pastu masuk neraka, padan muka. Puaka mulut kita bukan gigit atau sedut darah orang tapi lagi sadis, fitnah orang la, laser-melaser, cerca-mencerca tahap makan daging saudara sendiri. Tu Nabi S.A.W. yang bersabda bila kita yang mengata sesama kita. PUAKA SUNGGUH!


HATI PUAKA
Hati busuk dah jadi perkara biasa. Berulat, berkudis, bersalaut segala macam kekotoran dunawi.. Mana tak busuk, hasad dengki kuat, bila dengar bab agama meluat, sikit pun takde ikhtiar nak rawat dan baiki. Sikit-sikit sakit hati!! sikit-sikit benci!!! sakit hati tengok orang senang hati...senang hati bila tengok orang sakit hati.itulah kita. Korang tahu nak puaskan hati korang aje!!!macam lah hati tu kenal erti puas hati. Hati puaka macam ni campak bagi hantu makan pun diorang tak nak!!! BUSUK YANG AMAT!!!

AKHLAK PUAKA
Perangai mengalahkan puaka.. sekurang-kurangnya puaka kacau orang malam-malam, siang dia rehat... Korang punya puaka siang malam. Menipu, khianat, pecah amanah, rasuah.. segala macam sifat lakhanat korang buat amalan harian. Yang peliknya, korang tak sedar korang tu puaka. Korang perasan korang manusia, insan biasa... Malah kekadang tu, bangga sebab rasa koranglah manusia berguna, berjaya, berkaliber, berkuasa, berada, berpelajaran, berpengalaman dan berkedudukan. Kalau puaka pun takut bila disebut nama Tuhan, korang lagi hebat sebab nama Tuhan pun orang permainkan, hukum Tuhan korang perlekehkan, ulamak pula, korang perbodohka... APA JENIS PUAKA KAMU NI?!!

RUMAH PUAKA
Ni bukan rumah hantu kat funfair tu..tapi rumah korang sendiri lah.. Rumah yang gantung ayat-ayat  Al-Quran sebagai periasan tapi tak pernah di amalkan. Rumah yang penuh perhiasan duniawi tapi tak sikit pun ada hiasan ukhrawi sepeti solat berjemaah, bacaan ayat suci dan sebagainya. Rumah akan menjadi sejuk beraircond tapi penghuninya panas baran, suka bergosip panas (kalau boleh nak pakai spender ajer) sampai anak-anak pun tak nak balik rumah sebab tak ade istilah 'RUMAHKU SYURGAKU' dah!!! Maka, pepandailah korang nak  halau puaka dalam diri korang dan seterusnya dari rumah korang.

SELAMAT MAJU JAYA....
:)


Read more...

Thursday, June 10, 2010

CONTEST nak menang BLACKBERRY :: last minute...

http://porttuantanah.com/blog/2010/05/kontest-nak-menang-blackberry/


camat malam semua.....
ha...ni memang BETUL-BETUL last minute punye...
adoi....penat betul hari nih...
aniss sebenarnya,masa cik TTT kata nak buat CONTEST..
aniss pernah bagitahu yang aniss nak join....
tunggu, punya tunggu...CONTEST ni pun keluar...
aniss dah tahu awal-awal...tapi...
asyik takde masa terluang untuk membuatnya...
so..tetibe hari ni..walaupun kekurangan masa...aniss tetap nak juga buat....
dan cik TTT telah menSUPPORT aniss untuk meneruskan usaha...
hahhaa..so..
inilah hasilnya...
TAAAADDDAAAA!!!!




cik TTT...
silalah pilih ya....aniss telah membuatnya hari ini...
memang TEKUN gila...haha...
pada mulaya,aniss ingat nak buat simple-simple cam bawah ni..
tapi,tetiba tergerak hati nak menggunakan ADOBE PHOTOSHOP
yang memang tak ada kat dalam laptop aniss...
dan akhirnya...aniss minta kat kawan...so,lepas install tadi petang..
so,yang telah terhasil adalah seperti di atas....
gambar nih memang gambar terbaru....
siang tadi punya...
walaupun banyak kerja di office..
aniss sempat-sempatkan jugak edit-edit nih ha....
:)

ha...
malam nih dah close dah...
tapi aniss da mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan....

Syarat-syarat kontest:
  1. 3 gambar
  2. Melakonkan watak Abe, TTT, dan diri sendiri. Siapa TTT & Abe? Korang leh tengok atas menubar blog porttuantanah ek..
  3. Posing sebagai Abe dan pegang kertas bertulis atau print  www [dot]
  4. Posing sebagai TTT pegang porttuantanah
  5. Posing sebagai diri sendiri pegang [dot] com
  6. Sambungkan ketiga-tiga gambar memanjang, atau melintang. Boleh juga edit guna satu background.
  7. So hasilnya macam pegang www [dot] porttuantanah [dot] com.Buat satu entry khas untuk kontest ini dalam blog korang, sertakangambar dan jangan lupa backlink ke blog porttuantanah.com.
  8. Letakkan URL link kontest anda di ruangan komen entry ini.Jadi follower porttuantanah.com.
  9. Letakkan banner porttuantanah.com di sidebar blog anda sepanjang kontest berlangsung.
•    Model Abe – pakai topeng atau blur je kan muka korang terus.
•    
Model TTT – kena censored kan mata. Yang betudung takpe..censoredkan mata je dah ok. Hehe.
•    
Model diri sendiri – ikut suka hati macam mana korang nak posing.

Posing ikut kreativiti masing2. Posing maut ok. Saiz gambar korang tentukan sendiri.
Kertas atau kadbod ikut suka. TULISAN dan KERTAS tak boleh diedit. Lukis sendiri atau print.
TIPS: Pastikan www [dot] porttuantanah [dot] com tu nampak jelas..kalau nak menang..hehe.
Ada 3 kategori.
Pemenang setiap kategori dapat hadiah 1 BlackBerry Smartphone.
  1. Kategori lelaki
  2. Kategori perempuan
  3. Kategori lelaki vs. perempuan

so....
rasa-rasanya...aniss dah mencukupi syarat-syarat tersebut....hihi....
sekarang...
menuggu MASA PENGADILAN....
aniss MEMANG FOLLOWER cik TTT tershayunk....
dan BANNER CONTEST sudah berada di SIDEBAR...
:)



Read more...

Wednesday, June 9, 2010

aku, dia, rindu dan hari-hari


semalam...
hari ini...
esok...

aniss rindu dia...
rindu sangat2...
tapi...
kami jauh...

aniss rindu dia...
hari-hari rindu...
tapi...
dia rindu aniss x?

aniss rindu dia..
kerana blog,aniss rindu...
tapi...
rindu ini kekal x?

aniss rindu dia...
nak dia sentiasa bersama...
tapi...
masih ada kesempatan lagi x?

aniss rindu dia...
nak makan sama-sama...
tapi...
dia nak suap aniss x?

aniss rindu dia...
nak berjalan pegang tangan...
tapi...
tangan nie sampai x?

aniss rindu dia...
nak peluk dia selalu...
tapi...
pelukan aniss erat x?

aniss rindu dia...
nak borak-borak & gelak-gelak...
tapi...
aniss masih ada suara x?

aniss rindu dia...
hari-hari rindu...
semalam...
rindu lagi...
hari ini...
lagi rindu..
esok...
aniss boleh rindu dia lagi x?

insyaAllah...
selagi aniss bernafas...
aniss akan sentiasa merindui dia...

dia...
si dia...
buat aniss merindui banyak perkara..
terima kasih...


luahan hati,
anissOlala
Read more...

Tuesday, June 8, 2010

Tag dari en.MIJIE... :)


we belong together
[hiasan]

assalamualaikum dan selamat malam kepada semua blogger-blogger yang sudi mengunjungi page aniss yang comel secomel tuan punya blog...kekeke...[puji diri sendiri lak!ceit!perasaAn!]

okie2..setelah diberitahu oleh en.ehem2 yang aniss telah diTag oleh en.mijie...aniss yang tengah mengOnlinekan diri ini pun dengan segera telah membuka page en.mijie....hoho...ceit!soalan membunuh betol lah dia TAG aniss...hahaha....pasal relationship... :)

okie2...tak ape...aniss dengan STEADY dan GHAIRAH akan menjawab TAG ini.... huh!chaiyok!!! :) 



RANDOM QUESTION ABOUT YOUR RELATIONSHIP


1. the date u have declared with ur first couple?
>>1st couple dulu tyme form 3 rasanya..and hubungan bertahan 4tahun..tarikh da lupa.[da clash now.]
2. apa yang anda lakukan sekiranya anda merindui bf anda?
>>call sampai 1/2jam at least...sambil tergolek2 n tergelak2 atas katil
3. adakah anda mempercayai bf anda 100%?
>>eemmmm...eeemmmm.... aniss percaya 100% dengan dia...walaupun hubungan jarak jauh...
4. how ur first date with ur 1st couple?
>>1st time dating masa raya,dia datang umah aniss...
5. adakah anda rasa bf anda pandai pujuk?
>>stakat nih,dia okie..pandai pujuk..& aniss pun mrajuk gedik2 jer...haha
6. reaksi & tindakan anda bila bf anda habiskan kredit untuk orang lain?
>>ha?!ceit!!!clash la macam nih!!!haha...lantakla...itu hak dia...kredit dia & duit dia... :(
7. what r u goin to do if ur besties have a relation wit ur ex?
>>relatonship camne?!kawan takpelah.kalau lebih2...kena karate lah jawabnya..
8. adakah anda akan menelefon bf anda jika disuruh?
>>Opkozlah akan kol...da namanya bf...kalau yang xkenal lainlah...haish!
9. reaksi anda bila bf anda masih berhubungan dengan ex dia?
>>I DUN MIND...dorang masih berhak untuk berkawan....sebab aniss dengan "ex2" aniss masih bermsj n berkawan...hal lama biarlah...tapi,kalau da lebih2..lebih baik korang couple jerk balik...aniss STEADY jer...haha


 mahu TAG beberapa orang....
[wajib jawab!tiada alasan..muahahha..]
10. MAZHAD

p/s: ahahha...kepada sesiapa lelaki...tolong tukar kepada GF...
selamat menjawab....kekkee
Read more...

Sunday, June 6, 2010

Membentuk keluarga bahagia


Rumahtangga adalah suatu tempat yang paling sesuai dan selesa untuk tempat beristirehat. Hakikat tersebut tercatat dalam Al Quran:
“DAN ALLAH MENJADIKAN untuk KAMU DARI RUMAH-RUMAH KAMU ITU SUATU TEMPAT KEDIAMAN yang MENTENTERAMKAN JIWA” Surah an Nahl-80.

Islam memandang berat terhadap pembangunan keluarga bagi mewujudkan suasana rumahtangga yang aman bahagia dan sejahtera, kerana keluarga merupakan teras sesebuah masyarakat dan bangsa. Keunggulan dan keagungan sesuatu bangsa dan ummah bermula dari alam rumahtangga.

6 perkara yang menjadi wadah untuk mendapatkan kebahagiaan:
1.mendapatkan isteri atau suami yang soleh
2.mempunyai rumah tempat tinggal yang besar dan selesa
3.mempunyai kenderaan yang selesa dan menyenangkan
4.mempunyai anak-anak yang sentiasa berbakti
5.mendapat jiran tetangga yang baik 
6.rezeki mudah didapati di tempat sendiri

Ciri-ciri lain yang wajib dipelihara:
1.ahli keluarga memahami dan menghayati ajaran Islam
2.hubungan antara suami isteri sentiasa erat dan mesra, penuh kasih sayang, ikhlas dan saling menghormati
3.suasana dalam rumahtangga sentiasa riang dan gembira, hubungan antara ahli keluarga mesra dan harmoni
4. keadaan rumah tempat tinggal sentiasa bersih, teratur dan selesa sebagai tempat istirehat
5.ahli keluarga sentiasa mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan.
6.ahli keluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera jasmani dan rohani
7.ahli keluarga melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna dan ikhlas
8.tidak ada ahli keluarga yang tidak mendapat hak masing-masing secara adil atau diketepikan.
9.pentadbiran rumahtangga berdasarkan keutamaan dan keistimewaan yang ditetapkan oleh Islam dalam struktur organisasi kekeluargaan
10.kepentingan agama hendaklah diberikan keutamaan, dan dakyah Islamiyah terlaksana dengan sempurna di dalam rumahtangga secara teori dan amali, berdasarkan prinsip amar makruf dan nahi mungkar…


Firman ALLAH :
“ HAI ORANG-ORANG yang BERIMAN, PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLI KELUARGA KAMU DARI NERAKA, yang BAHAN BAKARNYA ADALAH MANUSIA DAN BATU-BATU..” Surah At Tahrim -6

mohonlaa doa…
( Al Furqan- 74)
“ YA ALLAH! KURNIAKANLAH kepada KAMI ISTERI-ISTERI, ZURIAT 
( ANAK DAN CUCU-CUCU ) SEBAGAI PENYEJUK ( PENENANG ) HATI, DAN JADIKANLAH KAMI PEMIMPIN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”
Read more...

iklan...sila klik!! :)

Related Posts with Thumbnails