OpenAI Kini Dinilaikan Sekitar $500 Bilion
3 hours ago
kau... aku... disini bersama-sama...
Rumahtangga adalah suatu tempat yang paling sesuai dan selesa untuk tempat beristirehat. Hakikat tersebut tercatat dalam Al Quran:“DAN ALLAH MENJADIKAN untuk KAMU DARI RUMAH-RUMAH KAMU ITU SUATU TEMPAT KEDIAMAN yang MENTENTERAMKAN JIWA” Surah an Nahl-80.
Islam memandang berat terhadap pembangunan keluarga bagi mewujudkan suasana rumahtangga yang aman bahagia dan sejahtera, kerana keluarga merupakan teras sesebuah masyarakat dan bangsa. Keunggulan dan keagungan sesuatu bangsa dan ummah bermula dari alam rumahtangga.
6 perkara yang menjadi wadah untuk mendapatkan kebahagiaan:1.mendapatkan isteri atau suami yang soleh2.mempunyai rumah tempat tinggal yang besar dan selesa3.mempunyai kenderaan yang selesa dan menyenangkan4.mempunyai anak-anak yang sentiasa berbakti5.mendapat jiran tetangga yang baik 6.rezeki mudah didapati di tempat sendiri
Ciri-ciri lain yang wajib dipelihara:1.ahli keluarga memahami dan menghayati ajaran Islam2.hubungan antara suami isteri sentiasa erat dan mesra, penuh kasih sayang, ikhlas dan saling menghormati3.suasana dalam rumahtangga sentiasa riang dan gembira, hubungan antara ahli keluarga mesra dan harmoni4. keadaan rumah tempat tinggal sentiasa bersih, teratur dan selesa sebagai tempat istirehat5.ahli keluarga sentiasa mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan.6.ahli keluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera jasmani dan rohani7.ahli keluarga melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna dan ikhlas8.tidak ada ahli keluarga yang tidak mendapat hak masing-masing secara adil atau diketepikan.9.pentadbiran rumahtangga berdasarkan keutamaan dan keistimewaan yang ditetapkan oleh Islam dalam struktur organisasi kekeluargaan10.kepentingan agama hendaklah diberikan keutamaan, dan dakyah Islamiyah terlaksana dengan sempurna di dalam rumahtangga secara teori dan amali, berdasarkan prinsip amar makruf dan nahi mungkar…
0 notty2 darimu:
Post a Comment