Pages

from anissOlala yang gedik+comel!!!! :)

semakin BUSY melampau!!!~~maaf xdapat nk updated blog.... :(

Lilypie Angel and Memorial tickers

iklan...sila klik!!!! :)

Monday, May 10, 2010

sambungan: Diperbodohkan atau Membodohkan...

okie...aniss akan continue kembali apa yang telah dijanjikan pada entry tengahhari tadi...dalam entry ini,aniss akan memberitahu Apa Harus Anda Lakukan? tapi,sebelum itu...kita lihat apa Akibat Sanggup Membodohkan Diri..


AKIBAT SANGGUP MEMBODOHKAN DIRI:::
  1. Petanda awal,anda akan merasakan diri tertipu. Diikutirasa marah apabila pasangan gagal menepati kualiti hubungan seperti sebelumnya atau kualiti hubungan semakin merudum. Ia akan mencipta konflik secara perlahan tetapi memusnahkannya secara drastik.
  2. Hati mula dijajahi rasa terdesak atas satu fahaman; selama ini anda telah membuat pelaburan dan tidak sabar menantikan hasilnya. Mungkin anda mengorbankan banyak perkara demi menambat hati pasangan dan ingin melihat pasangan sentiasa gembira bersama anda. Anda berharap pasangan akan memberikan imbalan serupa atau lebih. Tetapi, jika yang diharapkan jauh  menyimpang, kecewa pastinya dalam genggaman.
  3. Anda mengabaikan diri dan kepentingan peribadi demi memastikan pasangan gembira. Anda lebih rela membuka ruang dan peluang kepada pasangan untuk lebih berjaya sedangkan anda masih tercari-cari haluan hidup. Apakah pasangan akan sedia menerima anda yang serba kekurangan akibat pengorbanan setelah dia jauh lebih berjaya berbanding anda?Sila pertimbangan pertanyaan ini!!
  4. Keceriaan hidup sudah pasti akan terhapus. Anda sebenarnya tahu, anda diperbodohkan dan dipergunakan tetapi sdah lumrah dilanda asmara, yang hina dan cacat cela menjadi mulia. Kegembiraan pasangan adalah kegembiraan anda. Inilah falsafah yang akan menghancurkan anda kerana semakin jauh dan semakin kencang langkah anda mengejar pasangan,semakin meningkat ego dihatinya. Masakan tida, pasangan tahu bahawa apa saja perbuatan dan sikapnya kepada anda, perasaan sayang dan cinta anda kepadanya tidak mungkin berubah paksinya.
  5. Anda mendidik dan melatih pasangan kemahiran memperalatkan anda dalam dunia percintaan. pabila pasangan sudah mahir dan menggenggam erat kelemahan anda, tidak mustahil anda akan menjadi hamba cinta yang sentiasa diperguna kala diperlukan.

APA HARUS ANDA LAKUKAN??:::

::::Bertenang seketika.
::::Kaji kembali kesilapan anda sepanjang menjalin hubungan dengan pasangan.
::::Ingat!!Apa yang berlaku tidak seratus peratus kesalahan pasangan, kemungkinan ada sikap atau kelemahan anda sendiri yang mengundang pasangan bersikap sedemikian.
::::Jika selama ini, anda selalu dan banyak memberi atau mengalah, belajarlah untuk bangkit, sedar dan tenangkan kembali ragam percintaan sebelumya berperingkat.
::::Nantikan kesannya untuk beberapa ketika. Jika pasangan mula bertanya atau menyuarakan rasa hati, inilah masanya anda  menjelaskan perkara sebenar dan tegaskan yang anda inginkan perubahan. Anda ingin dihargai dan dihormati selayaknya sebagai pasangan kekasih.
::::Akan tetapi, jika pasangan tidak memberikan sebarang reaksi yang menyenangkan situasi tersebut dan pantas beralih paksi kepada orag lain, ini bermakna di hatinya selama ini tidak pernah wujud rasa cinta melainkan semata-mata ingin meikmati layanan mewah dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan anda.

So,korang yang diluar sana...apa pendapat? Terasa? Sama? hhmmm...aniss pun begitu juga...ada terasa apa yang telah tertulis disini...sama-sama kita baiki kekurangan dan kelemahan masing-masing masa di alam percintaan..
:)
love forever...never end..
<3

12 notty2 darimu:

Hafiz Ismi said...

Kena Give & Take.. Dua2 main peranan~ =)

aNiss said...

tu xpe...
tp selalunya xde pon....
mula2 jer..
:(

REMEDY KARUNG GUNI said...

kadang2 dlm alam percintaan...x semua yang kita buat tu dihargai...ada masa apa yang kita lakukan utk pasangan kita nampak seperti menunjuk2 atau kurang ikhlas...pasangan yang betul2 setia akan perasan benda ni...kalau betul2 kita lakukan dengan rasa ikhlas...semua kebahagian dlm percintaan akan dtg dgn sendiri...

Aidi-Safuan said...

keceriaan hidup terhapus? haha... almost la. satu semester dulu senyap jer. padahal orang paling riuh dalam kelas biasanya. then nak buat camne, da terlambat. layan jerla

darkbatman said...

gambar xleh blah.. hehe. life mmg cmne.. xsumenye indah..kita harus tahu ape yang terbaik untuk diri kita.

azizan4444 said...

pg2 da bermotivasi bace entri ni..hee

ssh la kn klu ad yg snggp perbodohkn diri sndri utk org lain..utk jg perasaan org len jiwa sndri terseksa..

aNiss said...

remedy...
yup..that's rite...
ikhlas itu penting dalam hubungan dan tak kira lah apa jua yang berlaku kn...
barulah bahagia...
:)

aNiss said...

aidi:
ade kene mngena ke?
aidi cakap sape?
hohoho

aNiss said...

darkbatma:
hohoho...tahu xpe...
cam Hafiz Ismi cakapla...
give n take itu penting..
:)

aNiss said...

azizan4444:
sbnarnya kita ada melakukan perkara yg membodohkan n ada diperbodohkan...
cume perasan atau x je...
:)

Mama Durrany said...

tak sanggup diri ini diperbodohkan

Ida Sazarina said...

wah rajin aniss tulis panjang2...
kalo kita terlalu jujur pon org perbodohkan.. :P

iklan...sila klik!! :)

Related Posts with Thumbnails