Pages

from anissOlala yang gedik+comel!!!! :)

semakin BUSY melampau!!!~~maaf xdapat nk updated blog.... :(

iklan...sila klik!!!! :)

Tuesday, May 11, 2010

Paku Didinding Hati

Terdapat seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Dia akan marah pada sesiapa sahaja tanpa mengira waktu dan melepaskan kemarahan kepada orang lain termasuklah sahabat2 nya.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia dapat merasakan, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan rasa gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

 Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. 

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita" Pemuda itu lantas menunduk dan menangis. Rasa menyesal dan bersalah mencengkam hatinya. Baru kini dia ketahui bahawa sahabat juga mempunyai perasaan sepertinya.

7 notty2 darimu:

Leelee said...

betul betul betul.
kalau kena marah dengan tak semena-mena,yang masa tu kita tak buat salah apa,mesti rasa sakit gila hati.
walau kita dah maafkan orang yang marah tu,sakit dalam hati ini payah nak hilang.memang ambil masa yang lama untuk hilangkannya.

belalang hijau said...

bagus story nih...
ade tauladan yg baik d akhir citer...

Asyraf Hamasaki said...

ini dari cerita al imam al ghazali ;-)

Anonymous said...

jgn mrh2 sbb nti cpt tue.. =)

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
nice st0ry..syukran atas perk0ngsian..1st time baca =)
s0 sis jangan la selalu marah2 kat sy yer..jangan amik hati tiap gurauan tu..c0z sy jg punye hati..huhu

Aidi-Safuan said...

adeih, baru ingat nak marah anis sebab da lame tak datang blog aidi-safuan. cancel la plak. :P

FyZa said...

wow..story yg sgt bagus..bg byk pngjran..org yg kita marah 2 pasti dah t'luka kan..hmmm

iklan...sila klik!! :)

Related Posts with Thumbnails