Pages

from anissOlala yang gedik+comel!!!! :)

semakin BUSY melampau!!!~~maaf xdapat nk updated blog.... :(

Lilypie Angel and Memorial tickers

iklan...sila klik!!!! :)

Sunday, May 30, 2010

KEMALANGAN PALING NGERI PERNAH SAYA ALAMI [realiti]

cerita yang telah di post pada status saya di Facebook...Apekah?! @*&#()&@)&!!!



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar
sebab beku di dalam batang paip. Pagi ituSaya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api

kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah
saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer
kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak
sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.

Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu
feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori
itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak
saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri
yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori
sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.
Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeriitu.
Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.
Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.
Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.



>>>cam bodo punye cerita kan?
adoi!!!!
carl oh carl..
ko nih wat aku pening la malam2 camnie....
tak lawak pun...
ades!!!

4 notty2 darimu:

Mr. Asada said...

hahahaha.. sape la mereka cipta cerita ni?? siap leh tukar jd transformer.. tukar jd ultraman.. adeh!

laju plak mak dia g genting pinjam heli.. hahaha

aNiss said...

asada...
ahahhaha..
gelak guling2.....
=))
entahla...
ntah hape2pune cerita..
rase cam nk lempang je orang yg wat cerita ni...
kekkeke....

Aidi-Safuan said...

ada facebuk tak add aidi-safuan? sedih! :(

Tafseeradiome said...

aniss.tengok "about me".terima kasih aniss.i determine to do it.kalo pergi sungai petani lagi,singgah la prai..ley jumpa.huhu.boleh ili jamu biskut dan kek ili.huhu

iklan...sila klik!! :)

Related Posts with Thumbnails